Teleport Next Day Privacy Policy - Bahasa Melayu

Kindly click here for English version.

  • Di Teleport, kami memandang serius tentang privasi anda dan tanggungjawab kami dalam melindungi Data Peribadi anda serta mematuhi Undang-undang yang Terpakai. Kami komited untuk mematuhi semua undang-undang perlindungan data yang terpakai kepada kami.

    Dalam proses memberikan anda perkhidmatan dan akses kepada Platform kami, kami mungkin akan mengumpul dan memproses Data Peribadi anda. Kami hanya akan mengurus, memproses dan menzahirkan Data Peribadi anda mengikut Dasar ini dan Undang-undang yang Terpakai. Dasar ini akan memberitahu anda bagaimana kami mengumpul, menggunakan, memproses dan mendedahkan menzahirkan Data Peribadi anda. Kami berharap ini akan membantu anda membuat suatu keputusan yang berinformasi  sama ada untuk memberikan Data Peribadi anda kepada kami. 

    Adalah penting untuk anda membaca Dasar ini bersama dengan notis lain yang mungkin kami berikan pada masa-masa tertentu ketika kami mengumpul atau memproses Data Peribadi anda, supaya anda sepenuhnya memahami bagaimana dan mengapa kami menggunakan Data Peribadi anda.

    Untuk tujuan memahami Dasar ini, istilah yang digunakan dengan huruf besar dalam Dasar ini akan mempunyai makna berikut:

    “Undang-undang yang Terpakai" bermaksud Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 dan perundangan subsidiari dan peraturannya sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa;

    "Data Peribadi" bermaksud sebarang data, sama ada benar atau tidak, yang adalah (a) tentang seseorang individu yang boleh dikenal pasti (i) daripada data itu; atau (ii) daripada data itu dan maklumat lain yang kepadanya kami mempunyai, atau berkemungkinan besar mempunyai, akses, dan akan merangkumi data dalam rekod kami sebagaimana yang boleh dikemaskinikan dari semasa ke semasa, atau (b) ditakrifkan sebagai "data peribadi" atau "maklumat peribadi" di bawah Undang-undang yang Terpakai atau mana-mana undang-undang perlindungan data yang terpakai;

    "Platform" bermaksud laman web, perisian atau apa-apa cara lain yang digunakan oleh Teleport untuk memberikan Perkhidmatannya, yang dimiliki oleh Teleport, yang disediakan untuk anda bagi penggunaan, atau bagi penyepaduan melalui API dan/atau repositori data yang disediakan oleh Teleport;

    “Perkhidmatan” bermaksud perkhidmatan yang ditawarkan oleh Teleport pada Platform kepada anda; dan

    “Teleport” atau “Entiti Teleport” bermaksud entiti Teleport yang berkenaan (Malaysia - Teleport Commerce Malaysia Sdn Bhd, Singapore - Teleport Everywhere Pte Ltd, Philippines - Teleport Commerce Philippines Inc, Indonesia - PT Teleportasi Bisnis Indonesia, dan Thailand - Teleport Commerce (Thailand) Co. Ltd.) dari negara yang darinya anda mengakses Platform.

    Dengan (1) mengklik "Ya” ("Yes") pada tetingkap timbul Dasar kami atau apa-apa borang web yang merujuk kepada Dasar ini pada mana-mana platform dalam talian kami, (2) menyerahkan Data Peribadi anda kepada kami apabila mendaftarkan akaun pada Platform, (3) menyemak lewa Platform kami, atau (4) menggunakan mana-mana perkhidmatan kami, anda mengakui bahawa anda telah diberitahu mengenai, dan memahami, terma-terma Dasar ini, dan bahawa anda telah bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan penzahiran Data Peribadi anda seperti yang diperihalkan dan di bawah terma-terma di dalam ini.

    Kami mungkin akan mengemas kini Dasar ini dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa ia sejajar dengan trend industri dan/atau apa-apa perubahan dalam kehendak perundangan atau pengawalseliaan. Apa-apa perubahan yang kami buat pada Dasar ini pada masa hadapan akan dipaparkan pada Platform kami dan, jika wajar, dimaklumkan kepada anda melalui e-mel, sesudah itu penggunaan berterusan perkhidmatan kami, akses kepada Platform atau penggunaan Perkhidmatan oleh anda, hendaklah merupakan perakuan dan penerimaan anda berkenaan dengan perubahan yang kami buat pada Dasar ini. Sila periksa semula dengan kerap untuk melihat apa-apa maklumat kemas kini atau perubahan pada Dasar ini.

  • Contoh jenis Data Peribadi yang mungkin kami  kumpul termasuk:

    1. data identiti, seperti nama, jantina, umur, tarikh lahir, imej muka dan rakaman suara anda (bagi panggilan khidmat pelanggan);

    2. maklumat perhubungan, seperti nombor telefon, alamat e-mel, alamat bil, alamat rumah (atau mana-mana alamat penghantaran lain);

    3. butiran pembayaran (butiran akaun bank dan kad kredit);

    4. data transaksi, seperti butiran tentang bayaran kepada dan daripada anda, dan butiran lain mengenai produk yang telah anda beli daripada penjual pihak ketiga dan apa-apa perkhidmatan yang telah anda gunakan;

    5. data teknikal, seperti alamat protokol Internet (IP), data log masuk, butiran rangkaian, jenis dan versi pelayar, tetapan dan lokasi zon waktu, jenis dan versi pemalam pelayar (browser plug-in), sistem dan platform pengendalian anda, dan teknologi lain pada peranti yang anda gunakan untuk mengakses Platform kami;

    6. data profil, seperti nama pengguna dan kata laluan anda, pembelian atau pesanan yang anda buat, minat, pilihan, tingkah laku atau semakan lewa anda,

    respons maklum balas dan tinjauan;

    1. data penggunaan, seperti maklumat mengenai bagaimana anda menggunakan Platform kami, produk yang dipromosikan pada Platform kami, dan perkhidmatan kami;

    2. data pemasaran dan komunikasi, seperti pilihan anda dalam penerimaan pemasaran daripada kami dan pihak ketiga kami dan pilihan komunikasi anda; dan

    3. apa-apa maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti lain yang telah anda berikan kepada kami dalam sebarang borang yang mungkin telah anda serahkan kepada kami, atau semasa mana-mana bentuk interaksi lain antara anda dengan kami. 

  • Kami mengumpulkan Data Peribadi daripada anda apabila:

    1. Anda mendaftarkan akaun pada Platform kami;

    2. Anda menggunakan mana-mana Perkhidmatan kami, termasuk perkhidmatan berkaitan kami seperti melanggan surat berita kami, produk yang dikurasi, pemberitahuan produk;

    3. Anda menyemak lewa produk yang disenaraikan pada Platform kami, Perkhidmatan kami atau selainnya berinteraksi dengan Platform kami;

    4. Anda menerima pesanan pada, melalui, atau pada pautan kepada, Platform kami;

    5. Anda menyerahkan butiran pembayaran, termasuk butiran akaun bank dan kad kredit;

    6. Anda menerima kuki kami pada peranti anda;

    7. Pemberi perkhidmatan analisis dan pemberi perkhidmatan pihak ketiga lain kami memberikan Data Peribadi anda kepada kami, yang telah dikumpulkan dan diproses oleh mereka dan dizahirkan kepada kami menurut dasar privasi berasingan mereka; atau

    8. Apabila anda menyerahkan secara sukarela Data Peribadi anda kepada kami atas sebarang alasan.

    Sila juga ambil maklum tentang Dasar Kuki kami di bawah berkenaan dengan data yang dikumpulkan dan digunakan oleh kuki dan penjejak pihak ketiga pada Platform kami.

    Kami  mungkin juga mengumpul Data Peribadi anda dalam hal keadaan jika pengumpulan tersebut tidak memerlukan persetujuan di bawah Undang-undang yang Terpakai.

    Sila pastikan bahawa semua Data Peribadi yang diserahkan kepada kami adalah lengkap, tepat, benar dan betul. Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin mengakibatkan ketidakmampuan kami untuk memberi anda perkhidmatan yang telah anda minta dan/atau akses kepada Platform kami.

    Jika anda memberi kami Data Peribadi yang berhubungan dengan seseorang pihak ketiga dengan menyerahkan Data Peribadi tersebut kepada kami, anda memberikan representasi kepada kami bahawa anda telah memperoleh persetujuan pihak ketiga itu untuk memberi kami Data Peribadinya bagi maksud yang berkenaan.

  • Kami mungkin menggunakan dan menzahirkan Data Peribadi anda bagi tujuan yang perlu untuk memberi anda perkhidmatan kami dan/atau akses kepada Platform kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

    1. mendaftarkan dan mengekalkan akaun pengguna anda dan untuk menentusahkan identiti atau umur anda;

    2. memproses atau mengumpulkan pesanan anda dan bayaran untuk perkhidmatan kami. Kami boleh melantik pemproses bayaran pihak ketiga, yang bermakna bahawa butiran pembayaran anda mungkin dikumpulkan, diproses dan disimpan secara langsung oleh pemproses bayaran pihak ketiga tersebut menurut terma-terma penggunaan dan dasar privasi mereka dan/atau dikongsi dengan pemproses bayaran pihak ketiga tersebut;

    3. melaksanakan Perkhidmatan;

    4. berkongsi Data Peribadi anda dengan mana-mana pihak lain yang mungkin merupakan sebahagian daripada, atau dengan apa jua cara berkaitan dengan, Perkhidmatan dan/atau Platform kami;

    5. berkomunikasi dengan anda berhubung dengan (i) pertanyaan, permintaan dan maklum balas anda, (ii) perubahan penting pada Terma-terma Perkhidmatan Platform, Dasar atau terma dan syarat lain kami, dan (iii) perkara yang berhubungan dengan pengendalian akaun anda;

    6. memperibadikan dan meningkatkan pengalaman pelanggan anda apabila anda mengunjungi Platform;

    7. memantau dan menguatkuasakan pematuhan Terma-terma Perkhidmatan kami, termasuk penyelesaian pertikaian;

    8. mematuhi (i) kawalan risiko dalaman, (ii) terma-terma bagi akses kami kepada perkhidmatan pemprosesan bayaran, kewangan atau perbankan seperti pertikaian kad kredit, penipuan, kesilapan pengebilan, atau (iii) mana-mana undang-undang yang terpakai; dan

    9. memastikan bahawa Platform kami berfungsi dengan betul dan untuk meningkatkan prestasinya, dengan menjalankan aktiviti seperti penyahpepijatan (debugging), analisis statistik untuk mengoptimumkan Platform kami.

    (secara kolektif, “Tujuan”)

    Tambahan lagi, kami mungkin menggunakan dan menzahirkan Data Peribadi anda bagi tujuan berikut, untuk:

    1. menghantar kepada anda komunikasi pemasaran berhubung dengan apa-apa produk yang dipromosikan pada Platform kami, perkhidmatan yang kami berikan, promosi lain atau Platform itu sendiri;

    2. menghantar kepada anda komunikasi pemasaran berhubung dengan jualan, produk, perkhidmatan atau promosi rakan perniagaan kami, termasuk mel promosi bersama dengan pesanan anda;

    3. menyampaikan iklan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami yang mungkin menarik minat anda pada Platform atau laman web, aplikasi atau platform dalam talian yang lain; 

    4. membolehkan perniagaan untuk menyampaikan iklan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatannya yang mungkin menarik minat anda;

    5. memberi anda perkhidmatan tambahan atau premium kami;

    6. menjemput anda ke acara tertutup pelanggan kami;

    7. memproses penyertaan anda dalam promosi, cabutan bertuah atau inisiatif kami, atau apa-apa permintaan untuk Data Peribadi tambahan seperti tinjauan pelanggan;

    8. memproses penyertaan anda dalam program kesetiaan atau penebusan mata rakan perniagaan kami;

    9. menjalankan penyelidikan, analisis atau penjejakan pasaran dan pelanggan;

    10. mempromosikan produk dan perkhidmatan pada Platform kami;

    11. mengurus operasi pentadbiran dan perniagaan Teleport dan mematuhi dasar dan prosedur dalaman;

    12. meningkatkan pengalaman pelanggan anda di semua titik sentuh dan melatih pasukan pengalaman pelanggan kami, seperti dengan merakamkan dan memantau panggilan telefon; dan

    13. apa-apa maksud khusus berhubung dengan sesuatu produk atau perkhidmatan tertentu, yang boleh kami beritahu anda secara berasingan pada laman produk atau perkhidmatan itu;

    (secara kolektif, “Tujuan Tambahan”)

    Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi anda (a) bagi tujuan lain yang semunasabahnya berkaitan dengan Tujuan dan jika kami telah memperoleh dan mengekalkan persetujuan yang berkaitan, Tujuan Tambahan; atau (b) dalam hal keadaan jika penggunaan tersebut tidak memerlukan persetujuan di bawah Undang-undang yang Terpakai.

    Catatan: Jika anda menarik balik persetujuan anda bagi kami untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi anda bagi Maksud atau Maksud Tambahan, kami mungkin tidak dapat lagi memberi anda produk, perkhidmatan atau manfaat berkenaan yang berkaitan dengan promosi kami, atau untuk memberikan akses kepada Platform kami.

  • Berhubung dengan penggunaan Data Peribadi anda oleh kami, kami mungkin menzahirkan Data Peribadi anda kepada:

    1. pekerja, perunding atau pekerja sementara kami;

    2. pemproses bayaran kami, yang memproses bayaran anda pada Platform kami;

    3. rakan perniagaan atau vendor kami berkaitan dengan pemprosesan apa-apa promosi, acara atau perkhidmatan yang kami anjurkan;

    4. penasihat dan perunding profesional kami;

    5. ejen, kontraktor atau pemberi perkhidmatan kami yang memberikan perkhidmatan pengendalian kepada kami, seperti storan dan pemprosesan awan dalam talian, pengoptimuman pemasaran, teknologi maklumat, telekomunikasi, keselamatan atau perkhidmatan berkaitan lain yang memerlukan pengumpulan, penggunaan atau penzahiran Data Peribadi anda oleh mereka;

    6. penyedia logistik kami, seperti entiti perkhidmatan kurier pihak ketiga yang membantu dalam penghantaran barangan atau bungkusan anda;

    7. mana-mana pemegang serah hak, penerima pindahan atau pemeroleh sebenar atau berpotensi bagi Platform dan/atau satu atau lebih anggota kumpulan syarikat AirAsia untuk maksud pensekuritian (securitisation), berkaitan dengan apa-apa usaha pencarian modal atau dana yang dijalankan oleh kumpulan AirAsia. Pemindahan atau penyerahan hak tersebut tidak akan menjejaskan kebolehan anda untuk menggunakan mana-mana hak anda berhubung dengan Data Peribadi anda. Pada setiap masa, kami akan memastikan bahawa anda akan terus mempunyai kebolehan untuk menggunakan semua hak ke atas Data Peribadi anda (seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang perlindungan data yang terpakai). Sekiranya berlaku penutupan sekuriti, data yang membentuk sebahagian daripada sekuriti itu boleh dipindahkan kepada penerima pindahan / pemegang serah hak / pemeroleh itu dan diproses olehnya bagi maksudnya sendiri, tetapi hak berkanun anda terhadap Data Peribadi anda akan terus wujud walau macam mana pun; dan

    8. mana-mana pihak lain yang kepadanya anda membenarkan kami menzahirkan Data Peribadi anda.

    Kami juga mungkin menzahirkan Data Peribadi anda (a) bagi tujuan lain yang semunasabahnya berkaitan dengan Tujuan dan jika kami telah memperoleh dan mengekalkan persetujuan yang berkaitan, Tujuan Tambahan; atau (b) dalam hal keadaan jika penzahiran tersebut tidak memerlukan persetujuan di bawah Undang-undang yang Terpakai.

    Kami berusaha seboleh-bolehnya untuk meminimumkan penzahiran Data Peribadi anda kepada maklumat yang perlu untuk melaksanakan Maksud atau Tujuan Tambahan yang berkaitan.

  • Anda boleh mengakses atau membetulkan nama, alamat e-mel, tarikh lahir, alamat penghantaran dan bil serta nombor perhubungan anda dengan membuat log masuk ke akaun pengguna anda pada Platform di bawah "Maklumat Akaun” ("Account Information") dan mengklik butang “Edit” di bawah setiap medan yang berkaitan.

    Bagi Data Peribadi yang tidak boleh dibetulkan oleh anda dengan membuat log masuk ke akaun pengguna anda pada Platform, anda boleh meminta akses dan pembetulan Data Peribadi tersebut dengan menyerahkan permohonan bertulis kepada kami melalui help@teleportpink.com. Kami mungkin perlu meminta maklumat tambahan daripada anda untuk mengesahkan identiti anda sebelum memberikan akses atau membuat pembetulan itu.

    Kami akan berusaha seboleh-bolehnya untuk memberi maklum balas terhadap permohonan akses dan pembetulan Data Peribadi dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan permohonan. Jika kami tidak dapat menepati garis masa ini, kami akan memberi anda maklumat kemas kini tentang tempoh secepat mungkin yang dalamnya kami dapat memberikan maklumat atau membuat pembetulan itu. Sila ambil maklum bahawa jenis tertentu permohonan akses dan pembetulan Data Peribadi mungkin dikecualikan di bawah Undang-undang yang Terpakai.

    Sila ambil maklum bahawa kami boleh mengenakan fi yang munasabah ke atas anda untuk pengendalian dan pemprosesan permohonan akses Data Peribadi anda.

    Kami akan menghantar Data Peribadi anda yang dibetulkan kepada setiap orang atau entiti lain yang kepadanya Data Peribadi tersebut telah dizahirkan oleh Teleport pada tahun itu ATAU dalam tempoh dua belas (12) bulan sebelum tarikh pembetulan itu, melainkan jika orang atau entiti tersebut tidak memerlukan Data Peribadi yang dibetulkan itu bagi apa-apa maksud perundangan atau perniagaan, atau melainkan jika kami semunasabahnya percaya bahawa orang atau entiti lain itu telah berhenti menggunakan Data Peribadi tersebut untuk maksud yang baginya penzahiran tersebut telah dibuat.

  • Jika anda ingin menarik balik persetujuan anda bagi kami untuk menghantar kepada anda maklumat jualan, pemasaran atau promosi, sila beritahu kami seperti berikut:

    1. untuk menarik balik persetujuan penerimaan promosi SMS: sila batal langganan dengan mengikut langkah-langkah yang diperuntukkan dalam SMS promosi;

    2. untuk menarik balik persetujuan e-mel promosi: sila klik pada pautan Batal langganan (Unsubscribe) dalam e-mel promosi;

    3. untuk menarik balik persetujuan penerimaan bahan promosi bersama bungkusan pesanan anda: sila hantar e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data kami di alamat e-mel yang diperuntukkan di bawah.

    Selepas kami menerima pemberitahuan bahawa anda ingin menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan atau komunikasi pemasaran atau promosi, ia mungkin mengambil masa sehingga tiga puluh (30) hari bagi penarikan balik anda untuk dicerminkan dalam sistem kami. Oleh itu, anda mungkin masih menerima bahan atau komunikasi pemasaran atau promosi semasa tempoh ini.

    Jika anda menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan pemasaran atau promosi melalui sesuatu mod komunikasi tertentu (cth. contohnya SMS), kami masih boleh menghubungi anda bagi maksud lain berhubung dengan produk dan perkhidmatan melalui mod komunikasi lain yang telah anda langgan (cth. contohnya e-mel).

    Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan dan/atau penzahiran mana-mana Data Peribadi anda dalam milikan kami atau di bawah kawalan kami dengan menyerahkan permintaan bertulis melalui  e-mel kepada pasukan kami melalui help@teleportpink.com.

    Sila ambil maklum bahawa, bergantung pada jenis penarikan balik persetujuan, kami mungkin tidak dapat terus memberi anda sesetengah atau semua produk atau perkhidmatan kami atau akses kepada Platform kami. Kami akan memproses permintaan sedemikian dalam tempoh yang munasabah dari masa penerimaan notis daripada anda berkenaan dengan penarikan balik persetujuan anda. Setelah pemprosesan itu selesai, kami tidak akan lagi mengumpulkan, menggunakan dan/atau menzahirkan Data Peribadi anda, kecuali setakat mana kami menyimpan Data Peribadi anda bagi maksud kepatuhan, pengawalseliaan atau maksud perundangan lain.

  • Kami akan menjalankan usaha yang munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi yang berkemungkinan besar akan kami gunakan atau zahirkan kepada organisasi lain adalah tepat dan lengkap. Walau bagaimanapun, anda seharusnya memberi kami maklumat kemas kini mengenai apa-apa perubahan pada Data Peribadi anda. Kami tidak akan bertanggungjawab kerana bergantung pada Data Peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap jika anda tidak memberi kami maklumat kemas kini mengenai perubahan.

    Kami juga akan mengadakan aturan keselamatan yang munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda dilindungi dengan secukupnya dan selamat. Perkara ini merangkumi tindakan mengadakan langkah munasabah untuk mencegah apa-apa akses, pengumpulan, penggunaan, penzahiran, penyalinan, pengubahsuaian, kebocoran, kehilangan, kerosakan atau pengubahan Data Peribadi anda tanpa izin. Namun demikian, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa penggunaan tanpa izin Data Peribadi oleh pihak ketiga yang dapat dianggap berpunca daripada faktor di luar kawalan kami.

    Apabila Data Peribadi dalam milikan kami (i) tidak lagi diperlukan bagi apa-apa maksud yang berkaitan dengan tujuan maksud asal ia dikumpulkan pada mulanya atau (ii) penyimpanan oleh kami tidak lagi perlu bagi apa-apa tujuan perundangan atau perniagaan lain, kami akan menggunakan langkah-langkah untuk memastikan bahawa Data Peribadi tersebut dimusnahkan, dipadamkan secara kekal atau dijadikan tanpa nama.

    Jika Data Peribadi dipindahkan keluar dari Malaysia, kami akan mematuhi Undang-undang yang Terpakai dalam melakukannya. Perkara ini termasuk: (i) memperoleh persetujuan anda, melainkan jika sesuatu pengecualian wujud di bawah Undang-undang yang Terpakai atau mana-mana undang-undang lain, dan (ii) mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan sama ada penerima asing Data Peribadi itu terikat untuk mematuhi piawaian

    standard

    perlindungan yang sekurang-kurangnya setanding

    sebanding

    dengan Undang-undang yang Terpakai

  • Jika anda bertempat di Kawasan Ekonomi Eropah, anda boleh mendapatkan pengesahan berhubung dengan sama ada Teleport memproses Data Peribadi anda, meminta akses kepada Data Peribadi anda dan meminta supaya kami membetulkan, meminda, memadamkan atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda. Tambahan lagi, anda boleh membantah pemprosesan Data Peribadi anda oleh Teleport pada bila-bila masa. Walaupun begitu, sila ambil maklum bahawa melakukannya mungkin memberikan kesan terhadap kebolehan anda untuk mengakses dan menggunakan Platform dan perkhidmatan Teleport.

    Walaupun Teleport menjalankan usaha yang munasabah untuk memberi pengguna kami akses kepada Data Peribadi mereka, mungkin terdapat hal keadaan yang dalamnya kami tidak dapat memberikan akses tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada: jika maklumat yang berkenaan adalah terlindung dari segi undang-undang, akan menjejaskan privasi dan hak sah lain orang lain, jika beban atau perbelanjaan pemberian akses tidak seimbang dengan risiko terhadap privasi anda, jika permintaan itu jelasnya berlebih-lebihan atau tidak berasas, atau jika maklumat yang diminta merangkumi maklumat komersial yang sulit.

  • Kuki merupakan suatu fail kecil yang boleh ditempatkan pada peranti anda. Ia dihantar ke pelayar anda dan disimpan pada pemacu keras komputer, tablet atau peranti mudah alih anda. Apabila anda mengunjungi Platform kami, ia boleh membenarkan kami mengecam dan ingat akan anda.

    Teleport menggunakan perkhidmatan vendor pihak ketiga, yang boleh melaksanakan kuki pada Platform. Iklan pada Platform juga boleh disediakan oleh agensi pihak ketiga. Iklan ini juga boleh menghasilkan kuki, contohnya, untuk menjejaki berapa ramai orang yang telah melihat iklan itu. Pengumpulan, penggunaan dan penzahiran maklumat, termasuk Data Peribadi, yang dikumpulkan oleh kuki pihak ketiga tersebut, adalah tertakluk pada dasar privasi dan perlindungan data vendor pihak ketiga dan adalah tidak di bawah kawalan kami. Pihak ketiga mungkin dapat mengaitkan apa-apa Data Peribadi yang dikumpulkan oleh mereka dengan Data Peribadi lain yang dipunyai oleh mereka tentang anda daripada sumber kami, dan kami tidak mempunyai kawalan ke atas perkara ini.

    Teleport juga menggunakan kuki seperti kuki sesi (kuki yang kekal hanya selama sesi dalam talian anda dan tamat tempohnya apabila anda menutup pelayar anda) atau kuki berterusan (persistent cookie) (kuki yang tetap berada pada peranti anda selepas pelayar anda telah ditutup dan kekal selama tempoh yang ditetapkan dalam kuki itu, untuk ingat akan anda selama lebih daripada satu sesi semakan lewa seperti mengingat pilihan anda) dalam membolehkan Teleport memberikan Perkhidmatan kepada anda.

    Anda boleh menolak, melumpuhkan, menghalang atau menyahaktifkan kuki melalui tetapan pada pelayar anda. Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa perkara ini mungkin mengakibatkan kehilangan kefungsian Platform, mengehadkan penggunaan Platform oleh anda atau menangguhkan atau menjejaskan cara Platform beroperasi.

    Anda boleh melaraskan tetapan pelayar Internet anda untuk melumpuhkan, menghalang atau menyahaktifkan kuki, memadamkan sejarah semakan lewa anda atau menghilangkan cache daripada pelayar Internet anda. Tetapan mungkin terkandung dalam bahagian “Sejarah” (“

    History

    ”), “Pilihan” (“

    Preferences

    ”), “Tetapan” (“

    Settings

    ”) atau “Privasi” (“

    Privacy

    ”) pelayar Internet anda atau anda boleh merujuk kepada bahagian bantuan pelayar Internet anda.

  • Teleport menggunakan fungsi Google Analytics tertentu. Sila lihat pautan ini untuk cara data anda dikumpulkan dan pautan ini bagi arahan mengenai bagaimana untuk menarik diri daripada apa-apa penjejakan data Google Analytics.

    Teleport boleh menggunakan ciri-ciri Google Analytics berdasarkan Pengiklanan Peragaan (Display Advertising), termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: Pemasaran Semula (Remarketing), Pelaporan Tanggapan Rangkaian Google Display (Google Display Network Impression Reporting), Penyepaduan Pengurus Kempen DoubleClick (DoubleClick Campaign Manager Integration), serta Demografi dan Pelaporan Minat Google Analytics (Google Analytics Demographics and Interest Reporting). Dengan menggunakan Tetapan Google Ads, anda boleh menarik diri daripada Google Analytics untuk Pengiklanan Peragaan dan menyesuaikan iklan Rangkaian Google Display.

    Teleport juga menggunakan Pemasaran Semula dengan Google Analytics untuk pengiklanan dalam talian; vendor pihak ketiga, termasuk Google, boleh menunjukkan iklan Teleport pada laman di seluruh Internet. Teleport dan vendor pihak ketiga, termasuk Google, menggunakan kuki pihak pertama (seperti kuki Google Analytics) dan kuki pihak ketiga (seperti kuki DoubleClick) bersama-sama untuk memaklumkan, mengoptimumkan dan menyampaikan iklan berdasarkan kunjungan masa lalu pengunjung ke Teleport, serta melaporkan bagaimana tanggapan iklan, guna lain perkhidmatan iklan, dan interaksi dengan tanggapan iklan dan perkhidmatan iklan ini berkaitan dengan kunjungan ke Teleport.

    Apabila anda log masuk ke laman web Teleport, Teleport dengan bantuan Google Analytics boleh menggunakan tingkah laku semakan lewa anda untuk mengaitkannya dengan apa-apa data lain yang sebelum itu telah anda berikan, mengikut Dasar ini.

  • Sociomantic

    Teleport menggunakan perkhidmatan Sociomantic, dan tag Sociomantic dilaksanakan pada laman Teleport untuk mengumpulkan maklumat tanpa nama tentang anda. Anda boleh mendapat tahu selanjutnya tentang maklumat yang dikumpulkan oleh Sociomantic, bagaimana ia digunakan, dan bagaimana anda boleh menarik diri pada pautan https://www.sociomantic.com/privacy/en/

    Tag LinkedIn Insight

    Teleport menggunakan perkhidmatan LinkedIn dan tagnya yang membolehkan pengumpulan data berhubung dengan kunjungan ahli LinkedIn ke Platform kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada: URL, perujuk, alamat IP, ciri-ciri peranti dan pelayar. Anda boleh mendapat maklumat selanjutnya tentang kefungsian Tag LinkedIn Insight pada laman web LinkedIn DI SINI.

    Meta Pixel

    Teleport menggunakan Meta Pixel Facebook untuk menjejaki dan mengumpulkan data mengenai aktiviti pengunjung pada Platformnya. Guna utamanya adalah untuk mengukur keberkesanan pengiklanan yang membantu dalam aktiviti jualan dan pemasaran Teleport untuk menyesuaikan pengalaman pengguna. Anda boleh membaca dengan selanjutnya mengenai kefungsian Meta Pixel DI SINI.

    TikTok Pixel

    Teleport menggunakan TikTok Pixel bagi membolehkan pengiklan untuk berkongsi apa-apa aktiviti atau acara pengunjung laman web dengan TikTok melalui pelayar. Untuk seorang pengguna biasa, hal ini termasuk menilai cap masa dan alamat IP anda, dan membolehkan kuki pihak pertama dan pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca mengenai TikTok Pixel DI SINI.

  • Bagi sebarang pertanyaan berhubung dengan Data Peribadi anda atau tentang Dasar ini, jika anda mempunyai aduan berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan atau pengendalian Data Peribadi anda oleh kami, atau pertanyaan tentang bagaimana kami mematuhi Undang-undang yang Terpakai, anda boleh menghubungi pasukan kami melalui salah satu kaedah berikut:

    Alamat e-mel: teleportcompliance@airasia.com 

    Alamat pejabat: : RedQ, Jalan Pekeliling 5, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2), 64000 KLIA, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    Tujukannya untuk perhatian ‘Governance & Compliance Department’.

    E-mel dan surat seharusnya menyatakan dengan jelas bahawa anda membuat pertanyaan, permintaan atau aduan perlindungan data pada baris tajuk untuk memastikan perkara itu dikendalikan dengan sewajarnya. Kami akan berusaha untuk mengendalikan apa-apa pertanyaan, permintaan atau aduan dengan segera dan adil.

  • Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan bahawa kami menguruskan, melindungi dan memproses Data Peribadi anda dengan sewajarnya, kami akan mengkaji semula dasar, prosedur dan proses kami dari semasa ke semasa. Dalam hal ini, Teleport boleh mengemaskinikan Dasar ini untuk memastikan bahawa ia sejajar dengan trend industri dan apa-apa perubahan dalam kehendak perundangan atau pengawalseliaan. Kami mempunyai hak untuk meminda terma-terma Dasar ini mengikut budi bicara mutlak kami.

    Tertakluk pada hak-hak anda di sisi undang-undang, anda bersetuju untuk terikat dengan terma-terma semasa Dasar ini sebagaimana yang dikemaskinikan dari semasa ke semasa pada Platform kami. Apa-apa Dasar yang dipinda akan dipaparkan pada Platform kami dan boleh dilihat di sini. Dengan terus menggunakan Platform dan/atau perkhidmatan kami selepas Dasar telah dipinda, anda dengan ini bersetuju untuk terikat dengan terma-terma Dasar yang dipinda sedemikian.

    Anda digalakkan supaya mengunjungi laman web di atas dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa anda serba tahu mengenai dasar terkini kami berhubung dengan perlindungan data peribadi.

    UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL

    Dasar ini dan penggunaan Platform kami oleh anda hendaklah dikawal dari segala segi oleh undang-undang Malaysia.